100 Tahun Petronas : Fluid Art Movement


Baru-baru iera telah dijemput menghadiri majlis perlancaran kempen Petronas : Fluid Art Movement di Sunway Pyramid oleh Petronas Lubricants International (PLI) Sdn Bhd.

Fluid Art Movement merupakan inisiatif daripada Petronas untuk mengenang kembali 100 tahun inovasi mereka dalam bidang teknologi pelinciran.

Kempen ini turut mendapat sokongan dari perlumba antarabangsa F1 – Michael Schumacher dan Nico Rosberg (Tetapi mereka tidak datang pula ke majlis ini).

Tidak lupa juga pelumba Negara seperti Dominic Ang, Melvin Moh, Fariqe Hairuman dan Hafizh Syahrin.

Anda juga boleh menyertai kempen ini sebagai tanda sokongan anda di http://www.fluidartmovement.com/
.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan anda, karya fluid artwork anda akan dipamerkan kepada dunia sebaris dengan karya pemandu F1 terkenal dan juga pelumba-pelumba Petronas.

Kempen ini berlangsung dari 10 September hingga 31 Disember 2012.

Di akhir kempen nanti, 15 artwork yang mendapat undian tertinggi akan dipilih dan dinilai oleh pihak penganjur.

Fluid Artwork dari Michael Schumacher dan Nico Rosberg.

Bagi penyertaan dari Malaysia, terdapat 10 hadiah untuk anda menangi. Juri akan memilih pemenang dari dari senarai 15 artwork yang mendapat undian tertinggi pada penghujung kempen ini.

Jika anda rasa macam susah nak menang sebagai 15 yang mendapat undian tertinggi. Anda masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan yang diberikan kepada artwork yang mendapat undian tertinggi pada setiap minggu.

Bagaimana untuk menyertainya?

  1. Anda dikehendaki mendaftar di laman web Fluid Art Movement – dengan menggunakan akaun facebook adna atau daftar secara manual melalui borang yang disediakan.
  2. Buat 1 Fluid Artwork dan hantarkan karya anda.
  3. Dapatkan sebanyak mungkin undian untuk artwork anda dan menjadi diantara 15 artwork yang disenarai pendek untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Iera sudah join Fluid Art Movement, Anda bila lagi?

Masa event Petronas : Fluid Art Movement tempoh hari, iera sudah join kempen dan kontest yang mereka jalankan.

Senang sahaja.

Pilih warna apa yang anda inginkan. Pilih tahap kelikatan/kepekatan dan juga saiz.

Menarik, terasa seperti kita melukis di dalam air. Warna bergerak dan larut dalam lukisan. Dan ini harga kerja dan karya iera khas untuk 100 Tahun Petronas.

Jangan lupa undi artwork iera di laman Fluid Art Movement

Nak tahu kenapa iera nak anda semua sertai kempen ini?

Sebab hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.. Untuk hadiah utama, anda boleh memenangi sepasang tiket dan pakej perlancongan untuk menyaksikan F1 GP di USA.

Hadiah lain yang ditawarkan adalah seperti New iPad 64Gb (wifi + 3G), Samsung Galaxy S3, Canon DSLR EOS 1100D, Sony LED TV 40”, Panasonic LCD TV 32” dan banyak lagi.

Anda boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang anda inginkan. Tapi hanya satu hadiah sahaja yang anda boleh menang. Tapi tak mustahil untuk anda memenangi hadiah utama dan juga hadiah mingguan.

Gambar iera bersama pelumba Petronas Team dan blogger yang hadir sama.

Video Event Pertonas : Fluid Art Movement

5 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge