Tiga Tokoh Penerima Anugerah Merdeka 2012


Tiga tokoh telah dinamakan sebagai penerima Anugerah Merdeka 2012, atas sumbangan cemerlang dan berpanjangan mereka dalam bidang masing-masing kepada negara dan rakyat Malaysia.

Pengumunan ini telah dibuat semalam di Malaysian Petroleum Club, KLCC oleh Pengerusi Merdeka Award, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Tiga tokoh penerima tersebut adalah:-

YBhg Academician Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hock

Kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.

Beliau diberi pengiktirafan atas sumbangan cemerlang terhadap penyelidikan dan pembangunan kimia dan teknologi Minyak Sawit dan atas peranan utama yang beliau mainkan dalam mendokong dan mempromosikan industri Minyak Sawit Malaysia kepada dunia.

YBhg Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Kategori Pencapaian Ilmiah Terunggul.

Beliau diberi pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam bidang Islamisasi Ilmu dan Pendidikan Muslim Kontemporari

Dr Engkik Soepadmo

Kategori Sumbangan Cemerlang kepada Rakyat Malaysia.

Beliau diberi pengiktirafan atassumbangan besar beliau dalam bidang penyelidikan dan pemuliharaan kepelbagaian tumbuhan hutan Malaysia

Bagi tahun 2012, tiada anugerah telah diberikan dalam kategori Pelajaran & Komuniti, dan Alam Sekitar.

Pengumuman ini dibuat setelah ahli-ahli jawatankuasa Pencalonan dan Pemilihan membuat pertimbangan secara menyeluruh, meneliti kelebihan dan ciri-ciri terperinci yang dimiliki oleh setiap calon.

Para penerima Anugerah Merdeka 2012 akan menerima anugerah masing-masing daripada Penaung Anugerah Merdeka iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di majlis Penyampaian Anugerah Merdeka 2012 yang bakal diadakan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge