Beli TV Panasonic Viera 50″ Plasma

Minggu ini balik ke Tanjung Malim untuk uruskan urusan terakhir untuk majlis perkahwinan Iera untuk sebelah lelaki.

Sampai rumah, terkejut bila lihat ada tv Plasma 42″ dekat rumah.

Banyak pula duit bakal mak mertua Iera nak beli tv besar-besar nie. Sekali mak mertua Iera bagitau, ada satu kedai di Tanjung Malim tengah buat sale. Dari hari Rabu sampai Ahad.

Hari ini merupakan hari terakhir untuk sale ini.

Tak sangka gula-gula saya ajak pergi tengok sale, mana tahu ada yang berkenan ke kan.

Akhirnya TV Panasonic Viera 50″ Plasma menjadi pilihan. Untuk diletakkan di bilik pengantin. Sekurang-kurangnya lepas kahwin, tv sudah ada.

Harga tak mahal sangat. Lepas gula-gula saya cucuk-cucuk jurujual akhirnya pada harga RM2.4k ianya bertukar tangan.

Tak sabar nak tengok tv besar-besar.

Tapi……..

Gula-gula saya nak guna tv itu untuk main PS3. Urmmmmmmmm……!!!!

2 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge