Harga Emas Terkini November 2012

Last minit baru ada masa untuk cincin perkahwinan. Tarikh perkahwinan tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Selamat harganya emas hari ini tidak terlalu mahal (walaupun kenyataannya masih lagi mahal)

Kebiasaaannya emas 916 menjadi pilihan.

1 gram emas 916 dalam RM 195. Masa bertunang dulu tak sampai RM 190.

Sebab itu, ramai yang buat perlaburan emas. Harga emas akan sentiasa naik, naik dan naik.

Ada yang cakap, 10 tahun dulu masa kegawatan ekonomi. Harga emas tak sampai RM40 segram. Waktu itu, ramai yang mula membeli emas.

Sekarang harganya berlipat kali ganda.

2 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge