Suami temani isteri waktu bersalin?
Ini salah satu soalan yang iera tujukan kepada dia. Dan respon yang diberikan, memang boleh agak dari awal lagi.
Dia tak nak temankan. Takut darah katanya.
Tapi hati iera kuat mengatakan, dia akan temani. Walaupun dia agak tegas orangnya + garang juga, tak pernah dia tinggalkan iera bila iera dalam kesusahan.
Masa kini, banyak hospital membenarkan suami menemani isteri waktu bersalin. Walaupun banyak kes, ada “suami” yang tak muncul-muncul lepas tahu “isteri”nya mengandung.
Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
– Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
– Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
– Mengelap muka isteri apabila berpeluh
– Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
Sekarang, dia tiada alasan untuk lari dari situasi ini. Betul x sayang?
maszull
assalamualaikum iera…betul tu lepas ni mmg x ada alasan lg kan kena juga temankn isteri dibilik bersalin nanti…:)
Iera Kan
walaikumsalam..memang takde alasan..tapi tak tau la kalau suami takot sangat dengan darah nak buat camne kan.
Bro Framestone
Oh tidak…!!!
Pandai dia cari fakta macam ini. Kita tengok nanti macam mana ek syg.
Iera Kan
ohhhh yaaaa..nak tengok ape yerkkk?
Ladfe Amir
dua kali isteri saya bersalin..kedua2 nya saya menemaninya.
memang kasihan melihatnya berusaha melahirkan anak. saya tidak dapat melupakan saat2 tersebut.
Iera Kan
wahhhh bagusnya..isteri memang mengharapkan suaminya disisi memenemani pada saat2 bersalin
titan
habis la lu broo..nak tak nak kena masuk gakk..
Iera Kan
kan kan kan
ejam
Masuklah nanti temankan isteri. Seronoknya hanya Allah saja yg tahu bila saat kelahiran zuriat bersama.
Aku pun takut darah juga tapi kekuatan tu dtg entah dari mana aku boleh berada dlm bilik bersalin menemani isteri. Syukur.
Saat mengazankan anak sebaik sahaja melihat dunia suatu pengalaman berharga.
auntiekemai
kalau lelaki yang pantang tengok darah tak pasal pasal tambah masalah dia yang pengsan kang heheheh jadi bersiap sedia lah sebelum teman isteri ke bilik bersalin yer.