Cawangan Pertama Staccato Di Genting Highland


Cawangan Staccato akhirnya dibuka di Malaysia. Outlet pertamanya telah dibuka secara rasmi di Genting Highland pada 12 Disember 2012.

Majlis perasmiannya berlangsung dengan upacara memotong reben pada 12 Dis 2012 tepat pukul 12:12:12 tengahari.

Cantik tarikh dan masa yang mereka pilih untuk majlis perasmian ini.

Upacara memotong reben telah dilakukan oleh Miss Lee Yean Fung, Pengarah Staccato Malaysia, Mr Edison Lee, Pengarah Nautical Concept Pte Ltd dan model terkenal Amber Chia.

Pada majlis ini terdapat beberapa orang selebriti hadir memeriahkan majlis ini seperti Daphne Iking, Amber Chia and Xiao Yu.

Pada hari tersebut, pelanggan yang datang dan membeli di kedai tersebut layak menyertai cabutan bertuah berupa tajaan kasut dari Staccato dan JWest selama setahun.

Staccato bercadang akan membuka cawangan terbaru di sekitar Lembah Klang.

One thought on “Cawangan Pertama Staccato Di Genting Highland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge