Tonton Gambar Waktu Nikah

Habiskan masa lihat gambar waktu nikah tempoh hari.

Dulu tak sempat nak tengok. Kamera pada en suami, dan semua gambar ada dalam laptop dia.

Petang ini baru dapat lihat, tetapi lihat sorang-sorang. En suami kerja dan Iera kerja malam.

Kalau la dia ada dekat sebelah waktu ini. Mesti dia akan cakap,

“Wahhhh…!!! Hensemnya abang..!!”

Dah faham sangat ayat-ayat yang bakal keluar dari mulut dia. Nanti ada masa, nak ajak dia tengok sama-sama.

Leave a Reply

CommentLuv badge