Bantal Istimewa Bagi Filem Awan Dania

Bantal Awan DaniaBaru-baru ini, Iera dapat jemputan untuk sidang media Filem Awan Dania yang berlangsung di GSC, Pavilion.

Iera pergi untuk menemani suami yang sidang membuat liputan media mengenai filem Awan Dania yang bakal ditayangkan pada 13 Mac ini.

Selama ini, Iera ikuti perkembangan drama Awan Dania. Tak sangka sekarang ianya sudah difilemkan.

Sewaktu memasuki pawagam, penganjur telah menyajikan perkhidmatan seperti menaiki kapal terbang. Dimana kami disambut oleh pramugari berpakaian uniform Firefly.

Pada setiap kerusi juga disediakan bantal istimewa bagi Filem Awan Dania dan juga tag FireFly untuk dilekatkan pada beg anda.

Sinopsis Awan Dania The Movie

Dania ialah seorang gadis tomboy yang bekerja sebagai pramugari di beberapa syarikat penerbangan Walaupun begitu, Dania berjaya menonjolkan sifat kesopanan dan lemah lembut seorang wanita menerusi kerjayanya sebagai seorang pramugari.

Dania (Scha Al-Yahya) masih lagi bekerja sebagai pramugari dan berkhidmat dibawah sebuah syarikat penerbangn, iaitu FireFly. Sekiranya di dalam drama sebelum ini Dania pernah ada pesaing dalam merebut hati Benjy (Jihan Miskin), manakala untuk versi filem pula Dania telah berjumpa dengan seorang lagi pesaing baru iaitu Tania (Elly Mazlein).

Di dalam versi filem ini, Dania akan bersaing dengan Tania untuk merebut gelaran ‘krew kabin terbaik’ dan demi merebut gelaran tersebut kedua-dua pramugari ini akan cuba berusaha untuk memikat hati Rusdi Ramli (Remy).

Namun begitu, dalam masa yang sama Dania telah meminta pertolongan daripada Benjy dan menyuruh jejaka tersebut menyamar sebagai kekasihnya semata-mata untuk membuatkan Remy cemburu. Akan tetapi, segala perancangan tersebut menjadi bertambah rumit dan peperangan antara Dania serta Tania menjadi semakin kritikal.

Jom sama-sama kita saksikan filem ini 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge