Kolam Air Panas Di Felda Residence Hot Springs, Sungkai

private jacuzzi hot spring sungkai

Hujung minggu dapat meluangkan masa dengan keluarga menikmati kehangatan kolam air panas yang terletak di Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak.

Lokasi terletak dalam sejam perjalanan dari Kuala Lumpur mahupun dari Ipoh.

Lokasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga sambil menikmati hangat air panas dan kesejukan alam sekitar yang jauh dari ibu kota.

Ramai orang tidak mengetahui bahawa air panas boleh buang toksin dari dalam badan dan melancarkan perjalanan darah.

Untuk pengetahuan anda,

Air daripada kolam air panas ini dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya lenguh-lenguh badan, sakit sendi, rheumastim, arthritis, sukar tidur, gatal-gatal dan sebagainya.

Algae Kolam Air Panas

Sementara algae yang terdapat dalam kolam air panas ini dipercayai boleh mengubati jerawat dan melicinkan kulit.

Iera sudah mencubanya. Tetapi sian tengok wakil Felda Residence terseksa nak seluk tangan dalam kolam semata-mata nak cari algae untuk Iera.

Iera ada sapukan juga pada muka Iera sendiri.

Tapi tak berani nak masukan gambar dalam Blog ini. Tempoh hari ramai yang pandang, mungkin mereka tidak pernah mencuba.

Thereupatic Park

Terdapat juga lokasi yang dikenali sebagai Taman Terapi (Thereupatic Park) untuk buat terapi pada kaki anda.

Terapi kaki ini berasaskan batu kecil yang kita pijak bagi melancarkan perjalanan darah dari bawah tapak kaki disertakan sekali dengan kehangatan dari kolam air panas ini.

Selain kolam air panas, turut disediakan juga kolam air sejuk. Bagaimanapun makanan dari luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam bagi memastikan keadaan persekitaran bersih.

Tetapi pada hari Selasa (sebulan sekali) kolam ini akan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.

hotspring sungkai

Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah
Sungkai 36000
Perak, Malaysia

Phone Number: 60 3 2698 3833
Fax Number: 60 3 2693 5104

Jika anda ingin menempak penginapan disini, anda boleh hubungi no diatas atau lawati www.feldatravel.com.my & www.feldaresidencehotsprings-perak.com

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge