Restoran Nasi Arab Saba’, Cyberjaya

Restoran Nasi Arab Saba', CyberjayaLast makan nasi arab lepas beberapa hari Iera bergelar isteri kepada suami Iera.

Alhamdulillah tadi dapat juga Iera merasa lagi nasi arab di Restoran Nasi Arab Saba’, Cyberjaya. Dah lama Iera mengidam, baru hari ini ada kelapangan bagi kami berdua untuk makan bersama di sini.

Tadi balik kerja, en abang buat kejutan.

Dia suruh Iera bersiap pergi makan dekat luar. Dia kata nak makan nasi arab sambil usha peta ke sana di Google Maps.

Jauh juga kalau nak ke sana dari Bandar Tasik Puteri, Rawang. Nampak en abang tengah usha laluan yang senang dan tak sesak sangat.

Lebih kurang sejam perjalanan baru kami sampai,

Keadaan restoran agak ramai dengan pelangan yang datang. Selamat kami dapat meja, nampak beberapa pelanggan hanya mampu take away sebab tak sanggup nak menunggu.
Menu Restoran Nasi Arab Saba', Cyberjaya
Kami berdua order Mandi Chicken (Half) pada harga RM17 dan kongsi berdua. Kalau ambil (Quarter) seorang, confirm Iera tak habis makan.

Ini pun en abang yang habiskan. Makin gemuklah dia selepas ini. Asalkan baby dalam perut ini juga dapat merasa apa yang ibu makan 🙂

Jumlah yang kami belanjakan = RM26.70 (termasuk softdrink + Teh o limau + Tax dan cas perkhidmatan)

Jika anda ingin ke sini, boleh cuba beberapa menu yang ada dan datang ke :-

Restoran Nasi Arab Saba, Cyberjaya
4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana, Cyberjaya, 63000 Selangor

Tel : 03 8320 2544

2 thoughts on “Restoran Nasi Arab Saba’, Cyberjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge