Koleksi Doraemon & Friends 3D Puzzle

20130814-090029.jpg

Ternampak di instagram, ada rakan blogger upload gambar patung Doraemon yang baru dia beli dekat Shell.

Iera memang suka dengan Doraemon. Terus ajak abang keluar pergi Shell nak beli koleksi Doraemon & Friends 3D Puzzle.

Dapat juga beli satu.

Nak beli satu set, tetapi dorang cakap speaker tiada stok. Minggu depan baru stok sampai.

20130814-090234.jpg
Iera nak Doraemon tetapi dapat Genzo Doraemon. Tak boleh nak pilih, sebab dalam kotak.

Buka kotak, ada plastik hitam. Dah koyak plastik baru tahu apa isinya. Maka terpaksa terima dengan redha apa isi didalamnya.

Anda perlu memasang bongkah-bongkah puzzle untuk dijadikan kepala model ini. Tak susah pun nak pasangnya. Insya’lah akan cuba kumpul bagi cukup koleksi ini.

Anda boleh dapatkan koleksi Doraemon and Friends 3D Puzzle dengan membelinya di kedai Select Shell berdekatan anda.

Beli 1 Doraemon & Friends 3D Puzzle pada harga RM 8.90 setiap satu dengan:

  • pembelian minimum bernilai RM6  produk di Shell Select;  dan/atau
  • sebarang pembelian promosi bulanan Shell Select.

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge