Mengidam Durian

Durian Musang KingSemalam sewaktu balik dari kerja, Iera teringin nak makan durian.

Dengar cerita time mengandung, tak elok makan durian. Panas….!!!!

Call abang,

Abang cakap “belilah”, maka Iera pun pergi beli dekat gerai buahan tepi jalan on da way balik ke rumah.

Beli yang dah siap kopek. Nak kopek sendiri tak larat. Nak tunggu abang balik, entah pukul berapa dia akan balik.

Iera beli durian jenis Musang King dan Kucing Tidur.

Musang King, isinya tebal kekuningan dan bijinya kecil. Rasanya pun sedap. Kucing Tidur pula lebih kurang macam durian biasa.

Lebih kurang 10 ulas Iera makan (eh, baby yang makan) akhirnya malam tadi, Iera kena bebel dengan Abang Suami.

Sorry sayang… (Sambil buat muka comel)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge