Kisah Kerjaya Iera Dalam Majalah Mingguan Wanita

Iera Kan Nazirah Mingguan Wanita

Malunya, bila budak-budak di wad berkongsi gambar di group Whatsapp tentang kisah Iera yang dimuatkan dalam Majalah Mingguan Wanita keluaran 27 Sept ~ 3 Oct 2013.

Siap ada gambar budak-budak wad sekali dalam artikel tersebut di muka surat 44 ruangan SriKandi.

Ini semua encik suami punya kerja bila dia dapati ada wartawan ingin menemubual wanita yang berkerjaya uniform seperti polis, tentera, jururawat dan seangkatan dengannya.

Apa-apa pun terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga kerana sudi membeli majalah ini terutama encik suami. Terharu sangat.

Lepas ini jangan buat lagi tau.. Maluuuuuu….!!!!!

4 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge