Pemilihan Baby Stroller

Pemilihan Baby Stroller

Tinggal lagi 7-8 minggu sebelum Iera dan Encik Suami bergelar ibubapa. Terasa berdebar-debar juga rasanya.

Tadi sempat juga Iera ajak Encik Suami berlegar-legar di Jusco, Rawang untuk melihat (lebih kepada survey sebenarnya) Baby Stroller.

Selagi Iera boleh gerak ini, boleh juga cuci mata. Cadang duit gaji masuk nak angkat satu. Risau kalau lambat nanti, tak terbeli pula. Harapkan Encik Suami, dia bukan jenis suka shopping @ beli barang sorang-sorang.

Ada terdapat beberapa jenis Baby Stroller. Tetapi hanya beberapa jenis je yang Encik Suami berkenan dan rasa sesuai untuk kami.

Full size stroller

Stroller jenis ini mempunyai tempat duduk kanak-kanak yang boleh dibaringkan, banyak padding untuk lebih keselesaan, ruang meletak barang yang besar dan pemegang yang boleh dialihkan.

Tetapi, stroller jenis ini adalah berat dan agak besar, jadi, jika anda memandu kereta yang mempunyai ruang simpanan yang agak kecil, pastikan ia muat untuk dimasukkan ke dalam tempat simpanan kereta anda.

Stroller travel system

Stroller jenis ini adalah kombinasi kereta sorong dan car seat bayi.

Kelebihan travel system ini ialah anda boleh mengeluarkan car seat bayi dari dalam kereta, meletakkannya ke kereta sorong dan teus membeli-belah tanpa perlu mengangkat dan mengejutkan bayi anda yang sedang tidur.

Kebarangkalian untuk Encik Suami memilih Stroller travel system agak tinggi. Kami berdua jenis yang suka travel.

One thought on “Pemilihan Baby Stroller

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge