Snorkeling Bersama Suami Di Pulau Sibu, Johor

Snorkeling Dengan Suami

Walaupun tengah pregnant, Iera masih boleh menikmati pengalaman Snorkeling bersama abang suami di Pulau Sibu Kukus, Johor.

Pulau Sibu Kukus merupakan salah satu pulau yang terdapat dalam kepulauan Sibu.

Kami menaiki bot yang disediakan melalui pakej 3 hari 2 malam di Felda Residence Tanjung Leman seawal 8.30 pagi.

Kalau anda ingin menyertai aktiviti snorkerling ini, ada baiknya jika anda bertanya dulu dengan tempat penginapan anda. Risau mereka tidak menyediakannya.

Iera Kan Pantai Pulau Sibu

Perjalanan diantara 20 ~ 30 minit amat berbaloi buat Iera, sebab keadaan Pulau Sibu Kukus (lokasi snorkeling) agak menarik dan cantik. Pantainya yang bersih dan pasir yang memutih.

Airnya pula cetek dan jernih memudahkan kami melihat hidupan didasarnya dengan jelas.

Snorkeling Package (3 hari 2 malam) – RM330/seorang

  • Superior Room (twin sharing)
  • 2 x Breakfast
  • 2 x Lunch
  • 2 x Dinner
  • Karaoke Lounge
  • Snorkeling activitity (Boat transfer to Sibu Kukus + Snorkeling Gear (Fins Optional) + Maximum 3 Hours)

Selain Snorkeling, Felda Residence Tanjung Leman juga menyediakan aktiviti air seperti berkayak dan juga jet ski. Tidak lupa juga bagi aktiviti pantai seperti bola tampar dan juga bola sepak (main atas pantai)

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web – Felda Residence Tanjung Leman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge