Bertandang Lagi Ke Teratak Che Mat Gebu

Tiffin Biru Che Mat Gebu 2013

Raya Qurban baru ini, kami suami isteri dapat meluangkan masa untuk beraya di Johor. Alhamdulillah tahun ini, Iera dapat cuti raya.

Dikesempatan ini, encik suami ajak Iera bertandang lagi ke rumah kenalan blogger – Che Mat Gebu yakni pemilik tiffin biru yang selalu berkongsi resepi di blog beliau.

Ini merupakan kali kedua kami singgah ke rumah beliau.

Kali pertama tahun lepas, bulan October juga. Datang berkunjung sambil menghulur kad jemputan ke majlis perkahwinan kami.

Alhamdulillah, beliau sudi juga datang dan mencemar duli ke majlis perkahwinan kami walaupun bergesel bahu dengan blogger lain, pasti dorang tak mengenali siapakah beliau.

Biarlah benda ini menjadi misteri….

Terima kasih sebab sudi menyediakan Laksa Kuala kepada kami.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge