Hujung Minggu Di Bukit Malawati

Bukit Malawati
Tak tahu, apa mimpi encik suami. Sewaktu menonton tv di rumah, tiba-tiba beliau ajak keluar ke Kuala Selangor.

Pelik juga Iera, ingatkan beliau buang tabiat atau saja nak gurau-gurau. Sekali pandang mata dia, punyalah serius. Tak pernah dia serius macam ini jika diajak keluar jenjalan.

Rupanya dia nampak babak dalam tv yang di shooting area Kuala Selangor. Itu pasal, dia nak ke sana.

Dari rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang nak ke Kuala Selangor lebih kurang setengah jam. Sempat lagi berhenti dan menikmati Karipap Gergasi.

Bukit Malawati

Untuk naik ke puncak Bukit Malawati, anda boleh menaiki trem yang disediakan. Malangnya cuma ada pada hari minggu dan cuti am. RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Trem ini akan bawa anda ke puncak Bukit Malawati dan juga Taman Ikan Air Tawar, Kuala Selangor.

Bukit Malawati

Selain pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Terdapat juga monyet yang memeriahkan dan menceriakan suasana di atas Bukit Malawati.

Perlu berhati-hati dengan mereka walaupun nampak mereka ini jinak. Risau makanan atau barang milik anda boleh menjadi milik mereka.

Bukit Malawati

Waktu Iera datang tempoh hari, memang negara kita tengah mengalami fenomena suhu yang lebih sejuk dari kebiasaannya. Maka sewaktu di Bukit Malawati, terasa kedinginan sama seperti berada di Cameron Highland walaupun tengahari kami sampai di sana.

Sebab itu, Fisha boleh tidur lena walaupun ke sana ke mari kami bawa.

4 thoughts on “Hujung Minggu Di Bukit Malawati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge