Yeo’s – Pilihan Saya, Teman Dan Keluarga

Yeo's Pilihan Kami
Sebenarnya selama ini, Iera sendiri tak perasan Yeo’s sentiasa menjadi pilihan Iera, teman dan keluarga.

Nampak pelik bukan. Selama ini memang Iera banyak menggunakan produk Yeo’s tanpa Iera sedari. Sebab Iera lebih memandang pada kesedapan dan kepentingannya berbanding melihat pada jenama.

Terasa malu pula.

Encik suami juga tidak sedar selama ini, kami sekeluarga banyak menggunakan produk Yeo’s. Peti ais memang selalu penuh dengan air kotak jenama Yeo’s. Itupun dia beli mana yang dia nampak dulu, itu yang dia akan ambil dulu.

Yeo's Pilihan Kami

Ini air kotak yang kami jumpa di disalah sebuah pasaraya berhampiran rumah.

Iera ada perli encik suami sambil berkata, “Tak nak try angkat satu karton air kotak Yeo’s?”

“Boleh je kalau nak. Tapi kena beli peti ais besar sikit” balas beliau dengan nada serius. Pandai Encik Suami mengusik Iera. Tunggu la wa kenakan lu balik.

Yeo's Pilihan Kami

Nampak je Encik Suami garang atau bermuka serius. Tetapi dia suami yang terbaik.

Sarapan pagi, pasti beliau akan sediakan setiap hari terutamanya sewaktu Iera berkerja shif sebelah pagi ataupun baru pulang dari shif sebelah malam.

Sewaktu mengandung, air kacang soya Yeo’s ini menjadi peneman Iera.

Nak minum susu bagi ibu mengandung, tekak Iera rasa nak termuntah. Tak tahu kenapa, mungkin baby “Fisha” waktu dalam kandungan lebih mengemari air kacang soya Yeo’s.

Yeo's Pilihan Kami

Kalau tanya Encik Suami?

Tiada kicap pekat sewaktu makan, macam tak lengkap pula hidangan beliau. lagi-lagi kicap soya pekat Yeo’s.

Minuman kegemaran dia sewaktu makan (selain air kosong) mesti air laici ataupun teh krisantimum. Kadangkala Teh Kundur ataupun air soya Iera yang menjadi mangsanya. Tau-tau dah habis dalam peti ais.

Iera tak kisah.

Sebab pasti encik suami akan pergi ke kedai runcit berhampiran untuk membelinya.

Yeo's Pilihan Kami

Selain air kotak Yeo’s masih ada produk Yeo’s lain yang kami ada simpan dalam peti ais.

Antaranya air tin Justea (Iera punya) begitu juga dengan air tin yang lain (tetap iera punya). Minuman Yeo’s dalam tin menjadi peneman Iera sewaktu memandu ke tempat kerja.

Ada juga makanan dalam tin berjenama Yeo’s seperti kari ayam dan sambal ikan bilik (ini semua Encik Suami yang punya – jika beliau malas nak masak).

Termasuk juga “Kacang Soya Bergaram” atau nama lainnya “Taucu”. Gulai taucu tetap menjadi salah satu hidangan kegemaran encik suami dimana Iera sendiri yang kena masakan untuk dia.

Manja sungguh…. Babap nak?

Yeo's Pilihan Kami

Begitu juga dengan teman-teman sekerja.

Bila ada waktu lapang, lepak di pantry berehat sebentar sambil menikmati air tin Yeo’s yang Iera bawa.

Tak sangka Yeo’s – Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad menjadi penaja rasmi Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 yang akan diadakan di Saloma Bistro pada 8 Mac 2014.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
Jumpa anda di sana 🙂

Jangan lupa follow sosial media Yeo’s Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.

yeos-minicontest-468x60

22 thoughts on “Yeo’s – Pilihan Saya, Teman Dan Keluarga

  1. Wah, penuh peti sejuk dengan produk Yeo’s, macam dah nak kena tukar besar jugak tu…heee
    Billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge