Bersama Nisa Kay di Majlis Preview Galeri Ariani

Iera Kan Nisa Kay - Majlis Exclusive Galeri Ariani
Rasanya dah lama Iera tak berjumpa dengan blogger Nisa Kay.

Baru-baru ini, Iera berkesempatan untuk temui beliau sewaktu Iera teman Encik Suami ke majlis Preview Galeri Ariani yang berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton.

Pada majlis ini, Galeri Ariani telah memperkenalkan koleksi terbaru mereka sewaktu Majlis Pertunjukan Fesyen “An Exclusive Preview” dari Galeri Ariani.

Anda boleh baca selanjutnya tentang majlis ini di sini.

Majlis Exclusive Galeri Ariani

Kalau ikutkan, Iera tak beberapa larat untuk pergi sebab baru habis kerja shif malam.

Tetapi sebagai seorang isteri, Iera perlu temani Encik Suami dari satu majlis ke satu majlis sebelum pulang ke Perak pada sebelah malamnya.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang turut hadir ke majlis ini yang sudi bertegur sapa dengan Iera. Maaf, Iera segan nak bertegur sapa dengan korang.

Leave a Reply

CommentLuv badge