Breakfast Selepas Bakar Lemak

Breakfast Anak Suami
Susah nak lepak breakfast bersama Encik Suami sejak ada Fisha.

Disebabkan kereta dia rosak dan masuk bengkel, baru banya masa boleh dihabiskan bersama. Nampak sangat dia tengah patah kaki tak ada kereta.

Baru-baru ini, Encik Suami ajak Iera jogging sekeliling kampung.

Baguslah, nampak perubahan pada dirinya. Walaupun kenyataannya, banyak berjalan dari jogging. Janji peluh keluar.

Yang tak boleh blah,

Lepas jogging, boleh pula dia ajak breakfast dekat luar perkena Nasi Lemak dan Roti Telur. Lemak baru nak terbakar, dah tambah lemak balik.

4 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge