Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger
Alhamdulillah,

Iera dan keluarga diberi kesempatan untuk menghadirkan diri di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati Network.

Kami sekeluarga gerak dari Perak sebab Iera cuti 4 hari dan Encik Suami terpaksa bercuti sama dek kerana kereta dia rosak dan terpaksa berkongsi kereta dengan Iera.

Tahniah Iera ucapkan kepada pihak penganjur atas kejayaan mengadakan majlis seperti ini setiap tahun. Diharapkan akan datang, dapat diadakan majlis seperti ini lagi.

Bukan senang nak lihat blogger dari seluruh pelusuk Malaysia berusaha untuk turut hadir sama di majlis ini.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi bertegur sapa dengan Iera. Maafkan Iera sekiranya nampak Iera macam kurang mesra dengan korang. Iera agak segan sikit bila mula-mula nak berkenalan.

Terima kasih juga sebab sudi bergambar dengan Baby Fisha. Jadi retis dia hari ini macam daddy dia.

Gambar kami sekeluarga diatas telah dipilih sebagai pemenang contest instagram yang dianjurkan oleh pihak Yeo’s Malaysia selaku penaja rasmi Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge