Mini Karnival Filem Animasi SuperSquad

Press Conference SuperSquad
Baru-baru ini, Iera bersama Encik Suami telah menghadiri Majlis Sidang Media Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival Filem Animasi SuperSquad bertempat di UNITAR International University, Kelana Jaya.

Bersama Kak Haslina, orang kuat Netcarbon Sdn Bhd.

Terima kasih kak sebab sudi bagi hadiah untuk Fisha. Dia suka sangat hadiah yang akak berikan hari tue 🙂

Tujuan mereka mengadakan Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival ini ialah untuk membawa keriangan dan keceriaan kepada anak-anak yatim dan anak-anak kurang bernasib baik.

Press Conference SuperSquad

Ianya melalui Tontonan Filem Animasi SuperSquad yang diadakan KHAS hanya untuk anak-anak dan juga Mini Karnival yang berbentuk ‘Educational Entertainment (Edutainment)’ seperti :-

  • Pembelajaran pembikinan Animasi SuperSquad dalam bentuk 3D dan 2D,
  • ‘SuperSquad Mascot Appearance’
  • ‘SuperSquad Edutainment Games’ istimewa untuk anak-anak ini.

Program ini akan diadakan pada 22 dan 23 Mac 2014 dari 8.30 pagi hingga 6 petang dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf dan Islamic Relief Malaysia.

Sinopsis Animasi SuperSquad.

Filem Animasi SuperSquad yang mengisahkan 5 orang adiwira, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron, apabila Bumi diserang oleh makhluk asing.

Sebuah filem epic ‘action comedy’, filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan berbagai lagi.

Press Conference SuperSquad

Antara pelakon suara (voice over) yang membintangi watak-watak dalam filem animasi ini iaitu Aaron Aziz sebagai Laksamana Aaron, Dafi sebagai Kapten Danny dan Diana Danielle sebagai Elly adalah peneraju utama yang membintangi filem ini.

Penampilan istimewa bersama Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdalynna (Sasha), Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu) sebagai watak penting dalam Filem Animasi SuperSquad.

Filem Animasi SuperSquad yang dihasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd ini akan ditayangkan kepada penonton umum di Pawagam pada bulan Mei 2014.

2 comments

  1. estri says:

    Tontonan yang bagus untuk anak-anak sehinbgga doarapkan mempu memberi efek yang positif karena tontonan yang dihasilan sesuai dengan usia mereka.

Leave a Reply

CommentLuv badge