Suami Isteri Main Sorok-Sorok

20130819-073215.jpg
Lately, encik suami macam ada sembunyikan sesuatu dari Iera.

Pantang bila nampak Iera nak pegang hp dia, terus dia rampas. Hp siap ada password lagi. Macam Iera tak boleh teka password dia.

Memang hati Iera tak sedap, lagi-lagi bila berlakunya peristiwa pagi tadi.

Tuhan sekarang bayar cash xsampai beberapa minit dia menipu Iera. Daulat daulat. Lain kali jangan sesekali menipu isteri sendiri.

Nampak dia macam lalai kejab sewaktu bagi menyusukan Fisha. Maka Iera rampas hp dia kemudian keluar dari bilik.

Nampak terpapar kecuakan pada muka Encik Suami. Apa la yang dia sembunyikan selama ini. Bikin Iera curiga.

Iera lari dan duduk diluar beranda rumah. (rumah keluarga dia di Perak)

Waktu itu terdengar macam dia tercari mana Iera. Dari satu bilik ke satu bilik dia buka. Ruang tamu, dapur, bilik air etc (mana Iera tahu dekat mana lagi dia cari)

Sekali dia lalu depan Iera.

Cuak juga sekejab. Dalam hati, Iera dok baca Bismillah banyak kali.

Dua tiga kali Encik Suami mundar mandir depan Iera. Eh, tak kan dia tak nampak Iera duduk betul-betul dekat depan laluan dia. (Ke Iera nampak makin kurus selepas bersalin?)

Kemudian Iera dapatkan dia.

Dia terkejut siap tanya mana Iera sembunyi. Iera cakaplah, “Dari tadi Iera duduk dekat sini, tak kan abang tak perasan?”

“Eh, Biar betul. Dah banyak kali abang lalu sini. Tak nampak pun awak”

Glurrrpppp..!! Apa sebenarnya yang terjadi…. ** Jangan main sorok-sorok waktu malam ek

8 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge