Legend of Oz : Dorothy's Return
Legends of Oz kembali lagi.

Kali ini, Dorothy perlu kembali ke Oz untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang berada dalam kesusahan. Oz sedang dikuasai sihir jahat – Jester.

Sihir Glinda gagal menewaskan Jester dan menjadikan Dorothy sebagai harapan terakhir mereka sebelum Glinda ditukarkan menjadi boneka Jester sama seperti rakan-rakan mereka yang lain.

Dorothy pula sedang tertekan dengan keputusan keluarganya untuk meninggalkan Kansas selepas dilanda puting beliung. Beliau tidak sesekali ingin meninggalkan rumah dan tempat beliau bermain selama ini.

Sehinggakan beliau dipanggil balik ke Oz untuk memulakan pengembaraan baru yang lebih mencabar oleh rakan lamanya the Scarecrow, the Lion and the Tin Man.

Legends of Oz: Dorothy's Return

Waktu di Oz bergerak lebih pantas berbanding masa beliau kembali ke Kansas. Dorothy kembali bersama teman-teman baru yang turut sama menemani beliau dalam pengembaraan kali ini.

Dan Dorothy telah mengetahui bahawa Jester – Si adik yang licik kepada Wicked Witch of the West sedang mengusai Oz dengan sihir yang kejam.

Mampukah Dorothy mengembalikan keamanan kepada Oz? Sama-sama kita saksikan filem ini di pawagam bermula 5 jun 2014.

Trailer Legends of Oz: Dorothy’s Return