Mee Udang D'laila MMA Santai Corner
Penat balik kerja semalam, tau-tau je Encik Suami ajak perkena Mee Udang. Kali ini, ke Nilai katanya.

Awat jauh sangat.

Tapi dia kata dia boleh drive, Iera on je la. Lagipun dia ada sedikit urusan disana.

Mee Udang D'laila MMA Santai Corner
Memang puas hati makan mee udang dekat sini.

Berbaloi dengan rasanya walaupun hanya berharga RM10 sahaja anda boleh mimilih mee untuk udang biasa 10 ekor atau udang galah sebanyak 4 ekor. Memang berbaloi jika dibandingkan dengan mee udang yang terkenal di Bandar Tasik Permaisuri.

So Iera cakap dekat Encik Suami,

Kalau mengidam Mee Udang, kita pergi makan dekat sini je la.

(lebih kurang 100km dari rumah kami – pergi balik sudah 200km semata-mata mengidam Mee Udang. Asalkan berbaloi)