Assalammualaikum. Punyalah dah bertahun tak update blog sebab dah macam malas dan kekurangan masa. Hari ni tetiba semangat yang berkobar-kobar untuk update blog muncul,bila tengok facebook ramai rakan-rakan blogger yang menyahut cabaran 30 hari dari #KelabBloggerBenAshaari.

Siapa yang tak kenalkan blogger femes BenAshaari. Walaupun iera tak berapa rapat sangat dengan rakan-rakan blogger, tapi still nak beranikan diri dan berkenalan rapat dengan mereka dengan menyahut #cabaran30hari ni.

Hope rakan-rakan blogger sudi berkenal-kenal dan bertegur dengan iera sebab iera ni tak berapa nak ramah ni 🙂

2014-09-03-18-08-58_deco

Hai. Just call me iera or ierakan or kak iera. Ini adalah gambar yang terbaru iera.

5 Fakta tentang Iera:

  1. Iera merupakan anak sulung. adik beradik dan sedara mara panggil Kak Yong (tapi kita bukan gangster kak yong kawasan tau walaupun muka kita garang)
  2. Iera tak suka ambil gambar sorang-sorang berdiri macam model. Kalau tengok gambar iera jarang gambar iera sorang. Biasa mesti ada sekali gambar en.suami , babyFisha atau kawan-kawan. Kalau tak pun mesti bergambar dengan sesuatu like makanan.
  3. Muka iera nampak matang dari usia. Sebab tu kalau ikut en.suami pergi ke event. Mesti orang akan panggil iera kakak. Dikalangan blogger pun walaupun iera lagi muda kadang-kadang orang panggil kakak sebab muka iera nampak mature. Sebenarnya umur iera baru 24tahun 🙂 . But i dont care if uollss nak panggil i kakak.
  4. I am a NURSE. yaaaaa jururawat.
  5. Iera sangat suka baby dan kanak-kanak. Sebab tu iera bertugas di wad baby NICU (neonatal intensif care unit)

Inilah 5 Fakta tentang diri iera. Ada lagi 2 cabaran yang perlu dikejar sampai ke hari ini sebab dah terlambat join. Hope babyfisha tak kacau ummi update blog.