Food Review @ MyNasi, Mid Valley
Iera temankan Encik Suami buat food review di MyNasi, Mid Valley.

Memang waktu itu, teringin sangat nak menikmati nasi lemak. Tak sangka pula menu utama disini adalah nasi lemak.

Nasi lemak disini tidak mengecewakan.

Selain terdapat banyak pilihan dalam bentuk pakej, anda juga boleh buat pilihan mengikut kehendak anda.

Lebih kurang macam kita order nasi lemak tepi jalan. Nak kerang la, nak ayam la, la la la la.
Nasi Lemak @ MyNasi, Mid Valley

Mid Valley merupakan satu lokasi tumpuan keluarga dan mereka yang berkerja. Pasti ada waktu ketikanya teringin nak perkena nasi lemak tetapi tidak tahu dimana boleh dapatinya.

Maka MyNasi merupakan jawapannya.

Jangan lupa, anda juga boleh “add-on sides” apa-apa yang tekak anda ingin rasakan disini:-

  • My Chicken Wing – RM3.80
  • My Chicken Thigh – RM6.80
  • Chicken Sausage – RM1.60
  • Chicken Luncheon Meat – RM1.80
  • Breaded Fish Fillet – RM3.50
  • Fried Kuning Fish – RM2.50
Basket Otak-Otak @ MyNasi, Mid Valley
Basket Otak-Otak @ MyNasi, Mid Valley – RM6.90

Menu Istimewa di MyNasi, Mid Valley

Selain nasi lemak, terdapat beberapa menu lain juga yang patut anda cuba. Memang tidak mengecewakan kami sekeluarga.

Antaranya ialah :-

MyLaksa @ MyNasi, Mid Valley
My Laksa @ MyNasi, Mid Valley – RM8.90
Mee Rebus @ MyNasi, Mid Valley
Mee Rebus @ MyNasi, Mid Valley – RM8.00
Mee Siam @ MyNasi, Mid Valley
Mee Siam @ MyNasi, Mid Valley – RM8.00

Dan hidangan yang paling Encik Suami minati adalah….!!!!

Tauhu Telur @ MyNasi, Mid Valley
Tauhu Telur @ MyNasi, Mid Valley – RM7.90

Jadi pada rakan-rakan pembaca blog ini, jika ada kelapangan tersesat di Mid Valley, jangan lepaskan peluang merasa nasi lemak di MyNasi atau nikmati beberapa menu yang kongsikan disini.

Paling penting, jangan lupa try Tauhu Telur.

Encik Suami siap tambah beberapa kali, dan ianya tidak mengecewakan.


Kredit video buat Ienaeliena

MyNasi @ Mid Valley

LG-074A, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur

Website : www.paradisefnb.com.my
Facebook : fb.com/paradisegroupmalaysia.

Untuk penghantaran ke depan pintu juga disediakan dengan menghubungi MyNasi ditalian 03 2202 3099.

Waktu penghantaran adalah diantara pukul 11 pagi – 12 tengahari dan 2 -5 petang. Perkhidmatan ini buat masa kini hanya dalam kawasan Mid Valley City

Aksi Makan-Makan @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley