Alhamdulillah, Rezeki Kedua Kami Suami Isteri

Pregnancy Test Kits - Clearblue
Sejak kebelakangan ini, Baby Fisha berkelakuan ganjil dan lebih manja dari biasa. Encik Suami merasai benda yang sama juga.

Sesekali beliau dengan nada bergurau berkata, “Fisha nak jadi akak la tue..!!”

Apa yang dikatakan oleh Encik Suami menjadi kenyataan bila keputusan ujian urin yang Iera hantar ke makmal tempoh hari menunjukan keputusan positif.

Mengandung buat kali kedua, memang rezeki kami suami isteri setelah genap 2 tahun usia perkahwinan.

Balik rumah, ingat nak sampaikan berita gembira ini buat Encik Suami. Kot-kot dia hampir nak pitam macam sewaktu terima berita yang Iera mengandungkan Baby Fisha tempoh hari.

Jangkaan Iera meleset,

Dia dengan buat muka takde perasaan berkata, “OK”

Sakit pula hati kita ini……

Mungkin sebab dia dah boleh agak, yang Iera dah mengandung.

Bila cakap dekat Baby Fisha pula, dia usap-usap perut Iera. Tak sabar nak jadi Kak Long ek?

Bicara Iera : Gambar diatas, Iera ambil untuk double check status pregnancy Iera. Bukan tak percaya dengan ujian makmal. Cuma nak cuba Pregnancy Kits – Blueclear.

Lepas itu, kena gelak lagi dengan Encik Suami. Gila kejam.

6 thoughts on “Alhamdulillah, Rezeki Kedua Kami Suami Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.