Suami Takut Jarum

Pemeriksaan Percuma KPJ Rawang
Suami takut jarum.

Ini bukan lawak, memang serius menyampah dengan perangai Encik Suami. Harap muka je garang, jalan mendabik dada (ke memerut) tetapi takut jarum.

Pernah sekali temankan dia pergi klinik, Iera sendiri terpaksa tolong doktor bagi suntikan.

Punyalah susah dapat suami yang penakut macam ini. Jarum je kot, toreh dengan pisau berani pula. Selamat dia dapat isteri seorang jururawat. Kalau dapat isteri seorang pakar bedah, habis semua lemak dia Iera bedah bagi keluar.

Tadi, temankan dia buat pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA di booth KPJ Rawang yang dibuka untuk orang ramai di Jusco Rawang.

Sedaya upaya dia nak skip juga pemeriksaan tahap glukosa dalam darah. Katanya, dia takut jarum.

Sampaikan nurse yang bertugas boleh tanya,

“ini first time ke?”

“Yup, ini first time.”

“Sebelum ini tak pernah ke buat macam ini?”

“Pernah je, sewaktu buat pemeriksaan HIV”

Amboi, manisnya kata-kata dia. Nak kena cubit ek? Lepas ini sila jaga kesihatan elok-elok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.