Terkenan Sewaktu Mengandung Baby Fisha

Terkenan Sewaktu Mengandung - Mr Ray Anak Melastik Bintang
Terkenan sewaktu mengandung Baby Fisha tempoh hari.

Kenan dari segi bahasa ialah tanda atau cacat pada kulit atau anggota tubuh semenjak lahir atau keganjilan tertentu pada gerak-geri atau kelakuan, serta bawaan semenjak lahir atau kecil.

Diambil dari segi maksud pula, kenan ialah satu kecacatan yang mana dalam masyarakat Melayu dikenali juga sebagai badi.

Ia berkait rapat dengan perkara-perkara yang dilakukan oleh ibu semasa mengandung atau bapa anak berkenaan yang bersangkutan dengan objek lain, seperti kenan buaya, kenan kucing, kenan monyet, kenan katak dan sebagainya.

Hanya memikirkan kepada logik keadaan, benarkah amalan atau perbuatan yang dilakukan ketika ibu-ibu sarat mengandung memberi kesan kepada keadaan anak? Benarkah adanya kenan?

Sumber : Utusan Malaysia

Sewaktu Iera mengandung Baby Fisha, kebanyakan masa Iera selalu habiskan dengan Mr. Ray anak kepada rakan blogger Melastik Bintang dan isterinya Sya.

Setiap kali dengan Mr. Ray. Mesti dia suka buat muka macam itu. Bak kata ayahnya, “Ray senyum Ray.. Senyum” mesti dia akan buat aksi macam dalam gambar diatas.

Menikmati Nando's di Jusco Rawang

Mungkin sebab itu,

Kadangkala Baby Fisha suka buat muka macam itu. Cuma agak susah nak rakamkan aksi dia untuk ditunjukkan kepada Mr. Ray.

Cuma baru-baru ini, sewaktu makan di Nando’s Jusco Rawang. Encik Suami berjaya mengambil gambar Baby Fisha beraksi, tak tahu kenapa tiba-tiba dia buat muka macam itu.

Terkenan kot.

2 thoughts on “Terkenan Sewaktu Mengandung Baby Fisha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.