Muka Kepenatan Kehabisan Tenaga Anak Bapak Day Out
Anak dengan bapak, sama je perangai dorang.

Jangan ditanya apa yang sama. Kadangkala macam penat je kemas rumah, depan mata kita dorang sepahkan balik.

Hari minggu, macam biasa.

Mereka lebih suka habiskan masa di taman permainan berdekatan.

Baru plan nak kemas rumah sikit, tau-tau ada miss call dari En Suami dekat handphone beserta dengan pesanan ringkas “Ambil kami, dekat bus stop”.

Selfie Anak Bapak Day Out

Tak pernah pula dorang mintak jemput kecuali kalau Iera baru balik dari shift malam. Pelik juga.

Bila sampai je dekat bus stop. Nampak mereka berdua tengah duduk menunggu sambil selfie.

Lepas masuk kereta, En Suami cakap, “Jom makan luar, lapar… Tak larat dah”.

Cet…..

Anak Bapak Day Out

Baju seluar pun nak sama.

Jemput baca : Baby Fisha Berjaya Menaiki Bukit Menggunakan Tangga.