Sara Thai Kitchen, Kuantan
Malam kedua kami menikmati makan malam di Sara Thai Kitchen terletak di Balok tidak jauh dari Bandar Kuantan, Pahang.

Jaraknya, lebih kurang 1 KM dari tempat penginapan kami di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan

Kalau tahu lokasi kedai ini dekat dengan tempat penginapan kami, malam pertama kami dah ke sini. Cuma penat sangat hari pertama, tue yang cari kedai makan mana yang ada je.

Sara Thai Kitchen, Kuantan

Iera sebenarnya mengidam nak makan Sotong Celup Tepung yang macam ini.

Gebu-gebu dan potionnya banyak. Ini selalu jumpa yang tepung dia lagi tebal dari sotongnya. Bahkan harga nak dekat sama. Kecewa sesangat.

Baik namakan cukur sotong je.

Zaman sekarang, cucur udang pun tak nampak udangnya. Cucur badak lagi la. Rasanya tak nampak-nampak badaknya.

Sara Thai Kitchen, Kuantan

Bagi sesiapa yang ingin mencari tempat untuk menikmati makanan laut segar dan suasana yang selesa, anda boleh datang ke sini.

Sara Thai Kitchen
Cherating Jalan Kuantan – Kemaman,
Balok, Pahang?
No. Tel : 012-949 3466