GEMFIVE - Portal Shopping dari Malaysia
Rezeki ikut En. Suami pergi ke majlis perlancaran GEMFIVE : Portal Shopping Online Dari Malaysia yang diadakan di Aloft Hotel, KL Sentral selepas selesai shift malam.

Iera menang voucher RM100 dari GEMFIVE.

Boleh Iera gunakan untuk shopping di GEMFIVE – www.gemfive.com yang telah mula beroperasi di Malaysia yakni negara ia diasaskan.

Di GEMFIVE, anda boleh menemui ribuan produk dalam pelbagai kategori – fesyen, elektronik, kecantikan dan kesihatan, gaya dan kehidupan, serta ibu dan anak.

GEMFIVE dapat membantu anda mencari produk asli (original) selain jenama terkemuka – termasuk jenama baharu dan sukar didapati di pasaran tempatan. Masih mengekalkan harga pada kadar berpatutan dan kompetitif melalui elemen nilai.

GEMFIVE - Portal Shopping dari Malaysia

Buat masa ini, GEMFIVE bekerjasama dengan lebih daripada 100 penjual melangkaui 300 jenama tempatan dan antarabangsa.

Menerusi kerjasama erat dengan pelbagai pemilik jenama, GEMFIVE berjaya membawa masuk jenama-jenama ekslusif yang belum pernah menembusi pasaran di rantau ini.

Selain jenama antarabangsa, GEMFIVE juga menyokong kuat jenama tempatan antaranya, Frankitas, Dipped Row, Comoddity, Sydonie, Christy Ng, Asiha Wong Couture, Azzara Conttons, Binqareem, Kin by Nik dan banyak lagi.

GEMFIVE - Portal Shopping dari Malaysia

Eh, Fida Ibrahim la.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah serba baharu, layari www.gemfive.com sekarang.