Denaihati Network Sdn Bhd akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger SBB2015 di Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya pada 13 Jun 2015, bermula jam 8.00 pagi.
Ini diumumkan sendiri oleh saudara Denaihati sewaktu menghadiri Majlis Pengumuman Tarikh Rasmi SBB2015 di Concorde Hotel, Shah Alam.
Pada majlis ini juga turut diperkenalkan rakan penaja untuk Sepetang Bersama Blogger kali ini.
Sama seperti tahun sebelumnya, pihak Denaihati Network telah berkerjasama dengan Yeo’s Malaysia sebagai penaja utama SBB2015.
Buat masa kini,
Pihak The Sumbs, eQurban Resources Sdn Bhd, Jam Tawaf Denaihati, Karangkraf dan Perbadanan Putrajaya telah sudi untuk sama-sama menjayakan Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini.
Sekiranya ada mana-mana syarikat yang ingin menaja majlis ini, anda boleh hubungi pihak Denaihati Network untuk maklumat lanjut.
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 kali ini akan membawakan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya dimana majlis ini akan diadakan dengan aktiviti di luar dewan.
Ianya akan bermula jam 8.00 pagi dan terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi untuk acara Blogger Treasure Hunt dan sesi petang acara Blogger Sharing Session.
Acara treasure hunt dengan pelbagai aktiviti menarik akan diadakan.
Hadiah berjumlah tunai RM5000 akan disediakan untuk peserta yang menyertai treasure hunt ini. Selain itu, terdapat hadiah-hadiah lain seperti iPhone 6, Samsung Note Edge dan pelbagai lagi hadiah lain menanti para peserta yang menyertai SBBYEOS2015 pada tahun ini.
Pihak Yeo’s juga akan menganjurkan Yeo’s Sitkom Blog Kontes untuk memeriahkan majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015. Kontes yang menawarkan hadiah GoPro Hero 4 sebanyak 3 unit untuk 3 pemenang.
Hashtag rasmi adalah #SBBYEOS2015 #DenaihatiNetwork #BloggerEvent.
Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger 2015 Kini Dibuka
Pendaftaran untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 akan dibuka mulai hari ini dan para peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari halaman rasmi SBB di www.sbb.my.
Yuran sebanyak RM30 dikenakan kepada setiap peserta. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh ajukan kepada mana-mana team Denaihati atau email terus ke admin@denaihati.com
Jumpa anda disana….!!!!
titan
tak tahu boleh pegi ke tidaknanti.
sibuk sikit sekarang.
titan recently posted..8 Tips untuk Lulus Exam MUET
Iera Kan
Biasalah sibuk dengan baby baru kan 🙂
sensasi2020
Salam Iera Kan…. Dah daftar ke ke SBBYEOS2015. Semiga ianya berjalan dengan lancar pada 13 Jun nanti.
sensasi2020 recently posted..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
Uncle Zuan
taun ni banyak kelainan.tak sabar rasanya 😀