Menonton Hi-5 House of Dreams LIVE di Istana Budaya

Hi-5 House of Dreams Istana Budaya
Hari ini, Iera sekeluarga berkesempatan menyaksikan Pementasan Hi-5 House of Dreams LIVE in Concert yang sedang berlangsung di Istana Budaya.

En suami dapat 4 tiket dari pihak Enrich by Malaysia Airlines yang sudi menaja tiket kami sekeluarga.

Tidak dinafikan,

Cuti sekolah ini digunakan sebaik mungkin oleh sesetengah ibubapa dengan membawa anak-anak mereka menyaksikan persembahan Hi-5 House of Dreams yang sedang membuat penjelajahan sekitar Asia.

Hi-5 House of Dreams Istana Budaya

Nampak tak, ruangan depan pentas dipenuhi oleh kanak-kanak dan juga mak bapak kanak-kanak.

Masing-masing turut mengikut gerak geri tarian yang dipersembahkan oleh Hi-5. Siap ada yang macam dah hafal step dan lagu mereka.

Selamat Baby Fyna tak meragam dalam panggung dan Kak Long Fisha seronok menyaksikan persembahan Hi-5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.