Nasi Lemak Embah Syukur, Parit Raja, Johor
Yeahhh….!!!

Berjaya pujuk Encik Suami untuk perkena Nasi Lemak Sotong yang awesome di Restoran Anjung Embah Syukur yang terletak di Taman Universiti berdekatan Parit Raja, Johor.

Bari rasa berbaloi-baloi bila pulang ke kampung dan dapat bawa encik suami menikmati sesuatu yang enak dan mampu menarik minat beliau.

Kuat makan rupanya…

Nasi Lemak Embah Syukur, Parit Raja, Johor
Encik suami banyak menyepi sewaktu menikmati nasi lemak sotong ini. Tak nampak dia pandang kiri kanan.

Sekiranya anda teringin nak menikmati nasi lemak waktu malam dan berada berdekatan, anda boleh mai ke :-

Anjung Embah Syukur

No. 24, Jalan Universiti 4, Parit Raja,
86400 Batu Pahat,
Johor