Majlis Pelancaran Nikkori Pear &  Ibaraki Japanese Sweet Potatoes di AEON BIG Mid Valley
The National Federation of Agricultural Cooperative Associations (Zen-Noh) dengan kerjasama AEON Big dan Eurofarm telah memperkenalkan 2 produk tanaman dari Jepun untuk pasaran Malaysia.

Produk tersebut adalah Nikkori Pear (Buah Pir Nikkori) dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes (Keledek Jepun Ibaraki) yang kini anda boleh dapati di pasaraya AEON Big, Mid Valley.

Produk tanaman dari Jepun ini diperkenalkan di Malaysia bertujuan untuk menambahkan pilihan kepada warga Malaysia khususnya, mereka yang suka makan makanan yang sihat, segar dan berkualiti tinggi.

Tochigi Nikkori Pear

Majlis Pelancaran Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes di Aeon Big, Mid Valley

Tochigi Nikkori Pear – Penanaman buah Pir ini dilaksanakan di wilayah Tochigi.

Nampak besar bukan buahnya? Harganya dalam RM22.90 dengan berat dalam 800 gram – 1 KG sebiji.

Memang puas makan.

Isinya lebih berserat dan berair, manis pula tue. Walaupun hanya makan sebahagian kecil sahaja.

Ianya hanya dituai pada pertengahan bulan Oktober setiap tahun dan disimpan untuk tempoh masa yang lama sehingga bulan Februari.

Ibaraki Japanese Sweet Potatoes

Majlis Pelancaran Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes di Aeon Big, Mid Valley

Manakala ubi keledek Ibaraki (Ibaraki Japanese Sweet Potatoes) ditanam di wilayah Ibaraki. Ia merupakan pengeluar ubi keledek kedua terbesar di Jepun.

Ini dijual pada harga RM9.90 untuk 1 Kg.

Majlis Pelancaran Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes di Aeon Big, Mid Valley
Menurut En. Jeffrey Tan, Pengarah Urusan Eurofarm,

Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes merupakan 2 produk pertanian terbaik di Jepun.

Justeru itu AEO Big menjadi pasar raya besar yang pertama di Malaysia memperkenalkan produk pertanian inovatif ini.

Jika anda berkenan, Iera cadangkan anda datang ke AEON Big, Mid Valley untuk membelinya. Memang berbaloi untuk anda nikmatinya.