Perasmian cawangan Sushi King ke-100 di AEON Mall, Shah Alam
Sushi King telah beroperasi di Malaysia selama 21 tahun, dan baru-baru ini mereka telah merasmikan cawangan ke-100 Sushi King di Malaysia yakni di AEON Mall Shah Alam yang baru dibuka.

Pembukaan cawangan ke-100 merupakan pencapaian terbesar membuktikan mereka berkembang pesat bagi pasaran Malaysia.

Sushi King 100th Outlet Launch
Menurut pengasas Sushi King dan Pengerusi Eksekutif Texchem Resources Berhad, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Fumihiko Konishi, pembukaan ini melakar pencapaian yang amat penting dalam sejarah Suhsi King.

“Sushi King menawarkan hidangan Jepun yang berkualiti dengan bahan-bahan yang diimport terus dari Jepun, Norway dan sebagainya. Dengan slogan “Smiling, Served Fresh”, Sushi King dapat memikat pelanggan-pelanggan untuk menjadi rantaian restoran jepun kesukaan ramai di Malaysia.”

Perasmian Cawangan ke-100 Sushi King di AEON Mall, Shah Alam




Cawangan Sushi King pertama dibuka pada tahun 1995 di Kuala Lumpur, dan kini ia sudah berkembang kepada 100 cawangan, menyajikan rakyat Malaysia dengn hidangan makanan Jepun.

Tambahan beliau,

Pembukaan Sushi King di Malaysia bukan sahaja dapat mengerattkan hubungan antara Malaysia dan Jepun, malah merupakan suatu cara untuk menggalakkan pertukaran budaya antara dua buah negara.

Sushi King 100th Outlet Launch

Sempena pelancaran ini,

Sushi King telah menyumbangkan RM10,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah sebagai tanda penghargaan terhadap usaha mereka dalam membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Jepun (JRCS) semasa gempa bumi dan tsunami Jepun.

Sekiranya ada warga Shah Alam yang ingin menikmati Sushi, anda boleh datang ke

Sushi King @ AEON Mall Shah Alam
No. 1 Jalan Akuatik 13/64 D’kayangan Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Malaysia