Drypers Moms of Malaysia 2016
Drypers Malaysia secara rasminya telah melancarkan kempen Moms of Malaysia 2016 yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.

Sebelum menjelang majlis pelancaran yang berlangsung pada 5-8 Mei, ibu-ibu seluruh negara dijemput berkongsi foto mengenai detik istimewa dengan bayi-bayi mereka di Facebook atau Instagram.

Sambutan dari ibu bapa sangat menggalakkan menerusi serahan ratusan foto yang menyentuh hati serta menonjolkan detik istimewa si ibu dan anak seperti sedang ketawa, keselesaan dan berkasih sayang.

Tersentuh dengan kasih sayang yang dicurahkan, Drypers dengan bangga menayangkan semua foto tersebut di atas skrin LED untuk disaksikan semua hadirin sepanjang majlis.

Ibu-ibu masih boleh terus menghantar foto sepanjang majlis berlangsung, menggunakan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia.

Inisiatif Share A Little Comfort dan Drypers





Sebagai jenama lampin pakai buang pilihan ibu bapa Malaysia sejak lebih 16 tahun, Drypers berjaya mengumpul lebih 200,000 ibu bapa untuk menyertai komuniti onlinenya – Drypers Baby Club.

Drypers bukan hanya menyediakan produk bayi bertaraf dunia, tetapi turut mendidik dan mempengaruhi ibu bapa menerusi platform online supaya dapat membantu mereka dalam memupuk hubungan ibu bapa-anak yang gembira dan harmoni.

Ahli-ahli juga bermanfaat daripada program ganjaran menarik dan mudah – Drypers Point Shop, di mana ibu bapa boleh mengumpul mata ganjaran dan menebusnya untuk mendapatkan alat mainan yang seronok dan berbentuk pendidikan.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia atau ingin menjadi sukarelawan, anda boleh layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY.