Baby Fyna Pandai Tarik Perhatian
Umur baru 11 bulan, si Baby Fyna dah pandai tarik perhatian orang lain.

Mungkin ini kali pertama (sebenarnya kali kedua), bawa di balik ke Parit Raja, Johor untuk berjumpa pakcik makcik dia. Kejutan budaya kot.

Ramai yang melayan dia.

Bukan sahaja dah pandai berjalan. Bahkan dah pandai nak menyelongkar. Pening atok dan nenek dia melayan karenah dia.

Pantang juga bila dia nampak Kak Long Fisha nak memanja dengan Ummi dia. Lagi kuat dia merengek, macam tak nak berkongsi ummi pula.





Lama tak balik Parit Raja.

Last balik masa raya hari itu. Itu pun sebab cuti bersalin.

Kali ini, Iera pulun cuti seminggu sebab nak balik Johor. Malangnya…. Encik Suami kena balik KL cepat, banyak kerja katanya.

Kerja apa dia buat? Nampak tidur je memanjang hahahahaha.