Iera Kan - Isteri Bro Framestone
Sejak kebelakang ini, jika anda amati dengan teliti, semakin ramai selebriti wanita dan rakan-rakan terdekat yang sudah mula mengenakan penampilan berhijab.

Sama ada hati mereka terdetik untuk berhijab atas tuntutan agama, atau mungkin juga terikut dengan perkembangan fesyen Muslimah yang semakin pesat.

Apa-apa pun kita fikir yang positif tentang ini.

Ini membuktikan bahawa gaya berhijab kini semakin diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Isteri Pandai Main Gitar





Iera Kan - Gitar Bertanda Tangan Heliza Helmi

Kini, pemakaian hijab bukan lagi dianggap sebagai penghalang mana-mana wanita untuk mencapai cita-cita mereka atau melakukan aktiviti yang mereka gemari.

Dengan adanya pelbagai rekaan tudung yang lebih praktikal pada hari ini, semakin ramai wanita tampil selesa dan aktif dengan penampilan berhijab.

Hari ini, Iera ingin berkongsi beberapa hijab tips untuk beginners atau mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan penampilan berhijab;

Nazirah Iera KanPertama – Penting untuk anda memiliki inner tudung.

Pemakaian inner tudung ini membuatkan pemakaian hijab anda menjadi lebih kemas dan mengelakkan rambut daripada terkeluar.

Kebanyakkan wanita juga berpendapat bahawa pemakaian inner memberikan keselesaan yang ideal kepada si pemakai.

Kedua – Pastikan anda memakai koleksi shawl atau tudung yang tidak panas dan mudah dibentuk.

Untuk permulaan, biasakan diri anda dengan koleksi cotton shawl yang lebih selesa dipakai.

Selain itu, anda boleh memakai koleksi pinless hijab atau instant shawl yang direka dengan lilitan yang telah siap dibentuk.

Ini memudahkan proses pemakaian hijab anda.

Atau anda juga boleh memilih untuk menggayakan koleksi tudung hoodie yang lebih mudah dipakai.

Selamat mencuba