Piala Pelari Terpantas Diperkenalkan Bagi Edisi IJM Land Half Marathon 2016

IJM Land Half Marathon 2016
Piala Cabaran IJM Land Half Marathon diperkenalkan tahun ini, bagi meraikan pelari terpantas bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

IJM Land Half Marathon 2016 yang akan berlangsung pada 14 Ogos 2016 ini telah menerima lebih 6,000 penyertaan diterima sejak pendaftarannya dibuka.

IJM Land Half Marathon 2016 melibatkan jarak 21KM (Half Marathon) bagi kategori lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas, begitu juga bagi kategori junior berumur 12 – 17 tahun.

Turut disertakan kategori 10KM Fun Run bagi lelaki dan wanita.





IJM Land Half Marathon 2016 01
Pada majlis ini, turut hadir wakil dari BMW Millennium Welt Seremban selaku Penaja Platinum bagi IJM Land Half Marathon 2016

Mereka menyediakan beg cenderahati yang mengandungi Medal rekaan tersendiri bagi mereka yang berjaya menamatkan larian berserta sijil penghargaan.

Manakala bagi Sworke selaku penaja utama, mereka akan menyumbangkan 60 pasang Sworke Optimus (2 frame with Revo Lens) buat pelari yang berada dalam senarai Top 10 bagi setiap kategori.

Termasuk juga 10 pasang Sworke Primus bersama lensa Polarised bagi hadiah cabutan bertuah.

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2016, anda boleh layari www.ijmlandrun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.