Innergie LifeHub Plus
Innergie LifeHub Plus direka khas bukan sahaja boleh mengecas 3 peranti dalam satu masa, bahkan dapat mengecas lebih pantas dari kebiasaan.

Lebih 10,000 jenis peranti USB mudah alih yang disokong, termasuk iPhone, iPad, iPod, telefon pintar Android dan tablet.

Ia juga mengutamakan ciri-ciri keselamatan dalam pembinaannya.





Direka dengan ‘built-in smart chip’ yang dapat mengenalpasti jenis ‘device’ yang anda cas dan menyelaraskan kuasa pengecas mengikut kesesuaian setiap gadget dengan selamat pada setiap 2.4A USB port yang disediakan.

Maka korang tak perlu risau sewaktu menggunakannya.

Mengecas Telefon Pintar Lebih Pantas Dengan Innergie LifeHub Plus

Pastikan anda menggunakan Innergie LifeHub Plus yang original untuk memastikan gadget anda tidak rosak sewaktu mengecas.

Innergie LifeHub Plus menggunakan teknologi perlindungan tenaga built-in Innershield yang dapat melindungi pengguna daripada lebihan arus, lebihan voltan, lebihan suhu dan litar pintas.

Dengan kecekapan kuasa yang amat tinggi, penggunaannya boleh mengurangkan kos tenaga dan mengurangkan kesan karbon. Bagus untuk alam sekitar.

Mengecas Telefon Pintar Lebih Pantas Dengan Innergie LifeHub Plus
Rekaannya juga menarik dan simple + comel.

Buat Iera rasa tertarik pula, begitu juga dengan rakan-rakan yang menumpang mengecas telefon pintar mereka. Masing-masing teringin nak memilikinya.

Siap ada lampu biru ditengahnya sewaktu ia digunakan.





Thorbaikkkk innergie

Terbaekkkkkkkk Innergie LifeHub Plus ini.

Innergie merupakan salah satu produk daripada Delta Electronics (Netherlands) B.V Zandsteen The Nertherlands. Setiap pembelian Innergie LifeHub Plus ini disertakan sekali jaminan selama 3 tahun.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.myinnergie.com/us/product/11. Nantikan ia berada di pasaran Malaysia, tidak lama lagi