Gathering Blogger & Movie Day Out Zack Kapcai
Baru-baru ini berkesempatan menonton filem terbaru dari MIG Pictures – Zack Kapcai bersama keluarga di eCurve, Damansara.

Waktu ini, keluarga datang dari Johor untuk berhari raya di ibu kota.

Terima kasih Mr. David Teo untuk duit raya, makanan yang sedap di Pak John Steamboat & BBQ, eCurve dan juga filem Zack Kapcai yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

Selain Blogger,

Turut hadir pelakon yang menjayakan filem Zack Kapcai, antaranya Epy Kodiang, Serina Redzuawan dan pelakon baru merangkap heroin, Julia Marin.

Pada majlis ini, turut dihadiri oleh CEO MIG Pictures, Mejar (K) David Teo.

Ucapan Mejar (K) David Teo pada sesi makan malam Movie Day Out Zack Kapcai





Mejar (K) David Teo
Menurut Mejar (K) David Teo,

Beliau berharap blogger boleh terima salah dan silap beliau. Kalau boleh jangan sebarkan sesuatu yang tidak benar.

Sekurang-kurangnya jangan putar belit apa yang beliau cuba sampaikan. Supaya tidak mendatang kecelaruan kepada pembaca sehingga membawa kepada kontroversi yang kurang sihat.

Dalam masa yang sama, beliau berharap ini bukan satu-satunya aktiviti blogger bersama MIG Pictures.

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Zack Kapcai

Zack Kapcai mengisahkan tentang Zack (Fad Bocey) yang suka berlumba motor walaupun kenyataannya dia sendiri tidak memiliki motor. Bagaimanapun minat beliau ditentang keras oleh ibunya, Minah (Serina Redzuawan).

Kenapa?

Kerana ibu dan ayahnya bercerai disebabkan oleh perangai ayahnya, Rudy (Rahim R2) yang bergelar Raja Kapcai membawa pulang Chikaro sebagai hadiah kemenangan pulang ke rumah.
Filem Zack Kapcai
Kau dah kenapa Bro? Memang cari nahas namanya.

Kerana minatnya terhadap lumba motor, Zack kehilangan kawan baiknya Roy (Syuk SYJ) akibat kalah pertaruhan sewaktu berlumba motor dimana Motor kesayangan Roy yakni Qistina jatuh ke tangan Zack yang sememangnya tiada motor.





Sehingga pada satu hari, Zack terjumpa keratan akhbar dengan kapsyen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang”yang terpapar wajah ayah dan ibunya. Maka Zack bertekad untuk menjejaki ayah dan adik kandunganya yang telah lama terpisah.

Malangnya, Roy yang sudah gila bayang merindui Qistina terpaksa mencuri motornya dari Zack.

Zack kecewa bila dapati motornya hilang dan putus harapa untuk menjejaki ayah dan adik kandunganya. Ibunya terpaksa dedahkan lokasi motorsikal lagenda Raja Kapcai yang disoroknya selama ini. Zack makin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya.
Filem Zack Kapcai
Dapatkah zack temui ayah dan adik kandunganya? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan Zack dan Roy? Adakah Raja Kapcai akan kembali?

Sama-sama kita saksikan di pawagam mulai 14 Julai 2016. Semua persoalan anda akan terjawab dengan gelak ketawa hahahaha.

Gerak Lu, Paper Roger