Menu Bermusim 2016 di Caffé Bene – Melon Smile

Melon Smile at Caffe Bene, Sunway Pyramid
Caffè Bene Malaysia telah memperkenalkan Menu Istimewa Bermusim Bagi Tahun 2016 yang dikenali sebagai Melon Smile.

Ianya diperkenalkan pada 20 Ogos 2016 dahulu dengan menampilkan 4 jenis menu terbaru, yakni :-

1- Melon Yogurt Bingsu – RM27.35

Antara menu yang paling banyak diorder menjadikan ianya pilihan terbaik sekiranya anda ingin mencubanya.

Aisnya dikisar supaya anda menikmatinya seperti anda menikmati ABC @ Ais Kacang, cuma dengan perisa yang berbeza. Rugi kalau tak mencubanya.

Melon Smile at Caffe Bene, Sunway Pyramid
2- Melon Snowflake -RM26.50

Sesuai dinikmati oleh 2-4 orang. Malangnya, Encik Suami boleh habiskan ianya sorang-sorang. Tak tinggalkan sikit pun untuk Iera.
Melon Smile at Caffe Bene, Sunway Pyramid

Melon Smile at Caffe Bene, Sunway Pyramid
Nampak tak ketulan tembikai susu yang yang berbentuk bola ini? Ke korang ingat ianya benda lain?

Melon Smile at Caffe Bene, Sunway Pyramid
3- Melon Parfait – RM15.80
Melon Smile at Caffe Bene, Sunway Pyramid

Melon Smile at Caffe Bene, Sunway Pyramid
4- Melon Latte – RM12.80
Buah tembikai segar dikisar bersama susu menjadinya ianya lembut, berkrim dan segar diminum.
Melon Smile at Caffe Bene, Sunway Pyramid

Kesemua menu yang diperkenalkan menjadikan tembikai sebagai asasnya dimana hanya isi tembikai segar digunakan di setiap hidangan.

Bagaimanapun, menu ini hanya disediakan sehingga penghujung bulan Oktober (31 Oktober 2016) atau hingga musimnya berakhir.

Maka, jangan lepaskan peluang ini untuk mengukir senyuman melon pada wajah anda 😉

Melon Smile at Caffe Bene, Sunway Pyramid

Caffé Bene @ Sunway Pyramid Shopping Mall
Lot OB5, G-2 Oasis Boulevard, Ground Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall,
No 3, Jalan PJS 11/15 Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya.

Waktu Operasi : 10.00am – 10.30pm

Website : http://caffebene.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/caffebene.asia/
Instagram : https://www.instagram.com/caffebenemy/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.