Nikmat Makan Durian Secara Percuma

Durian time
Dah lama mengidam nak makan durian. Selalu nampak orang jual durian berlonggok-longgok tepi jalan. Tapi Encik suami tak pernah berhenti belikan.

Katanya, nanti ada rezeki dapat makan durian free.

Bila la tue……

Alhamdullilah, nikmat yang tidak terhingga. Akhirnya hari ni dapat juga melantak berbiji-biji buah durian.





Durian timw
Last makan durian sewaktu mengandung #babyfyna.

Dah setahun 2 bulan kot tak makan durian. Memang terasa nikmat bahagia sangat bila dapat makan durian. FREE pula tu…!!!

Terima kasih Tuan Rumah sebab sudi sediakan durian seHilux. Katanya kul 3 pagi baru turun dari Pahang bawa durian-durian ini.

Tak sia-sia ikuti rombongan meminang hari ini.

Alhamdulillah sekali lagi.

Encik Suami? dia awal-awal lagi dah melantak durian senyap-senyap. Tau-tau terbongkang lepas makan tak sedar apa-apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.