Minuman Kolagen Sarang Burung “The Joy Of Life”

The Joy of Life
Siapa sini pernah cuba sarang burung yang dikatakan mempunyai banyak khasiatnya?

Anda kini boleh menikmati minuman kolagen “The Joy Of Life” yakni jenama minuman berkhasiat terbaru dalam rangkaian produk berasaskan ‘Collagen Bird’s Nest’ keluaran Ecolite Biotech Manufacturing Sdn. Bhd (Ecolite).





Minuman berkhasiat ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu memulihara sel, sistem pernafasan dan organ dalaman tubuh.

Selain itu, ia juga membantu memperbaharui sel kulit agar lebih lembut, gebu berseri dan awet muda untuk jangka panjang.

The Joy of Life

Khasiat Sarang Burung Yang Perlu Anda Ketahui

Khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik.

Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
The Joy of Life
Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum

Minuman Kolagen berasaskan Sarang Burung “The Joy Of Life” disahkan Halal oleh JAKIM.

Maka anda tidak perlu berasa was-was atau risau untuk menikmati minuman Kolagen berasaskan Sarang Burung ini.

The Joy of Life

The Joy of Life





The Joy of Life

The Joy of Life

The Joy of Life

Ia didatangkan dengan 5 perisa iaitu Aloe Vera, Lychee, Longan, Kurma Merah dengan Wolfberry dan juga Perisa Asli.

Setiap botol mengandungi serat Sarang Burung bersama 2500mg Kolagen, ‘Rock Sugar’ dan ‘RO Water.

Mana satu pilihan anda?

The Joy of Life

The Joy Of Life kini boleh dibeli di kesemua rangkaian kedai serbaneka 7-11, dan akan tersedia dalam waktu terdekat di farmasi-farmasi utama serta hypermarket seluruh Malaysia.

Harga yang ditawarkan serendah RM6.50 sebotol.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘The Joy Of Life’, anda boleh layari www.thejoyoflife.my atau laman Facebook The Joy of Life.

4 thoughts on “Minuman Kolagen Sarang Burung “The Joy Of Life”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge