Niat ke MAHA 2016 Bersama Keluarga Tercapai

MAHA2016 di MAEPS Serdang
Ada sesiapa berkesempatan ke Pameran MAHA Disember 2016 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor bermula dari 1 hingga 11 Disember 2016?

Sepanjang hidup Iera, memang tak pernah pergi ke MAHA (Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia).

Dalam hati teringin juga. tetapi ada sahaja perkara yang menghalang.

Alhamdullilah tempoh hari, tiba-tiba En Suami ajak ke MAHA2016. Apa lagi, Iera gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin.

Kali pertama menjejak kaki di sini (MAEPS), barulah iera tahu bertapa besarnya tempat ini. Dalam kepala, dok fikir mampu tak nak habiskan semua lokasi dalam masa satu hari.

Dengan mengusung anak dua orang, hanya beberapa tempat sahaja mampu Iera lawati, memang tak larat nak habiskan dalam masa sehari.

Antara tempat yang Iera sempat kunjung ialah Nafas Cube, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Ternakan, Jelapang Padi, Kampung Durian Runtuh, dan banyak lagi tempatlah.

Korang tengok jer gambar kat bawah ni.

NAFAS CUBE @ MAEPS

MAHA2016 di MAEPS Serdang
Nafas Cube ini boleh memuatkan 56 orang dalam satu masa.

Ianya merupakan tempat penginapan berkonsepkan rumah tube, kontena dan khemah dengan rate semalaman adalah antara RM150-250 (T&C applied).





MAHA2016 di MAEPS Serdang

Perkara pertama yang merisaukan Iera bila datang ke kawasan tumpuan orang ramai ini, adalah lokasi untuk makan bersama keluarga.

Mungkin nasib kami sekeluarga baik, dapat breakfast di Nafas Cube.

MAHA2016 di MAEPS Serdang

Lokasi berdekatan dengan laman perikanan, cuma ramai yang tidak tahu disini terdapat cafe yang menyajikan hidangan yang menyelerakan, simple tetapi berbaloi.

Memang best betul betul tempat ni, cantik pula itu. Siap ada rumah kontena lagi untuk bermalam. Harga pula berpatutan.

Kalau berkesematan, insya’lah next time nak bermalam di sini.

Laman Perikanan

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016
Selepas bersarapan, kami sekeluarga menuju ke lokasi berdekatan, yakni Laman Perikanan.

Haaaaaaa dekat sini, Kak Long Fisha suka paling teruja. Mahu tak terujua, bila dapat melihat dengan lebih dekat favourite fish dia iaitu Nemo dan ikan apa warna biru dalam filem kartun Dory tu.

MAHA2016 di MAEPS Serdang

Di Laman Perikanan ini, korang boleh jumpai berbagai jenis ikan.

Dari ikan yang korang selalu makan, hingga ke ikan termahal sampai tak sanggup nak makan. Harga 100gram dah cecah ratus2 wei. Hanya mampu tengok saja buat masa ini.

Jelapang Padi

Lokasi seterusnya Jelapang Padi yang terletak bersebelahan dengan Laman Perikanan.

Di sini, iera sekeluarga dapat melihat sawah padi yang masih hijau hingga ke padi yang dah kekuningan, menunggu masa untuk dituai.

Paling best dapat tengok mesin-mesin membuat beras.

First time iera tengok secara live depan mata macam mana caranya padi diproses mejadi beras yang kita selalu makan.

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Hari ini, Iera baru tahu cara nak buat bedak sejuk, selama ini tahu tempek dekat muka je.

Laman Nanas

MAHA2016 di MAEPS Serdang
Di Laman Nanas pula, memang iera suka sangat.

Tempatnya cantik dan yang paling best nanas di sini semua manis-manis, xde rasa masam.

Makan banyak mana pun boleh, lidah ni takkan rasa lidas. Iera memang tak kan lepaskan peluang ini dengan makan sebanyak yang boleh.

Dulu, sewaktu Iera mengandungkan Fyna, terigin sangat nak rasa Nanas manis MD2 abang Man ni.

MAHA2016 di MAEPS Serdang

Akhirnya, setelah Fyna berumur 1 tahun 6 bulan ni, baru dapat merasa. YA Allah memang sedap sangat. Bob Jus Nanas ni memang sedap lahai. Tak pernah rasa kat tempat lain jus nanas yang sedap seperti ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.