Origina Jus Dan Chocojoy Minuman Berkhasiat Buat Anak Anda

Origina Jus & ChocoJoy
Minuman berkhasiat Origina Jus dan minuman bercoklat Chocojoy keluaran syarikat tempatan, PS Food & Beverage kini boleh dinikmati oleh anak-anak anda.

Kebanyakan produk mereka dihantar ke kebanyakan koperasi sekolah di sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Terengganu.

Malah produk ini juga boleh didapati di Pasaraya Matahari yang terletak di USJ City Mall dan di kebanyakan pasaraya AEON di seluruh negara (stor terpilih sahaja).

Origina Jus & ChocoJoy

Memang tidak dapat dinafikan minuman Origina Jus yang enak dinikmati ketika sejuk, mampu memberi kesegaran kepada anda.

Lebih menarik, ianya sesuai dinikmati oleh anak anda.

Dengan reka bentuknya berbentuk minuman mobile, maka sesuai dibawa kemana-mana oleh anak anda, terutamanya ketika berada disekolah. Tanpa anda perlu risau khasiat, zat dan vitamin dihadam sepenuhi oleh anak anda.

Origina Jus hadir dalam beberapa jenis perisa, antaranya ialah Origina Jus Epal, Origina Jus Blackcurrent, Origina Jus Lemon dan Origina Jus Black Tea.

Untuk minuman Jus Origina, peknya didatangkan dalam dua variasi iaitu pek kecil 100 ml dan pek besar pada harga RM1 dan RM2.49.
Origina Jus & ChocoJoy

Bagi minuman bercoklat yakni Chocojoy Chocolate Milk pula.

Rasanya sedap, pekat dan semestinya menjadi pilihan bukan sahaja anak-anak malahan seisi keluarga. Yang menariknya, ia hanya mempunyai 0% kolesterol, rendah lemak dan tinggi dengan kalsium.

Ia hanya didatangkan dengan pek besar pada harga RM2.69.

Chocojoy Chocolate Milk

Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar atau stokis Origina Jus dan Chocojoy, anda boleh hubungi talian 03 5519 5700 atau emel ke info@psfood.com.my.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web http://origina2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.