Terapi Pembakaran Lemak Dengan Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo & Z WavePro

Zimmer
Sekarang ni iera dalam proses menurunkan berat badan. Alhamdullilah untuk 2 bulan ni iera dah berjaya mengurangkan sebanyak 5kg dengan hanya mengawal makan.

Iera tak rajin exercise sebab dengan jadual kerja yang padat, event dan bila kat rumah sibuk meguruskan rumah, suami dan anak-anak. Walaupun berat turun 5kg tapi bentuk badan tetap sama. Lagi-lagi bahagian pinggul dan perut.

MashaAllah payahnya nak slim dan kempis balik.

Dan baru-baru ni iera dapat tahu pasal treatment buang lemak dan selulit dengan rawatan Cryo-Lipolysis dari Zimmer Z Lipo dan Z WavePro.

Sebab apa ira tertarik dengan rawatan ni kerana:

  • Tiada kesakitan
  • Tiada side effect
  • Tiada pembedahan seperti rawatan liposuction
  • Terbukti selamat dan efektif

Zimmer

Teknologi Zimmer Z Lipo, ia mensasarkan ke bahagian lemak yang anda ingin buang seperti perut, pinggul dan lengan. Macam iera of course bahagian lemak tepu kat perut ni.

Zimmer Z Lipo ini merupakan generasi baru Cryo-lipolysis berfungsi mengurangkan lemak dan mengawal lemak-lemak yang terkumpul lama dalam badan dengan kaedah penyejukkan lemak dalam tempoh masa yang lebih lama dengan suhu yang terkawal dan selamat, yang membawa kemusnahan sel-sel lemak yang kemudiannya dikeluarkan secara semulajadi melalui sistem limfa dalam jangka masa 10 ke 12 minggu.

Sebab tu treatment ni selamat sebabnya melalui proses semulajadi tubuh badan kita untuk menyingkirkan lemak dalam badan. So, takdelah badan kita ni terkejut.

Sebelum treatment dijalankan, biasanya anda akan terlebih dahulu diberi taklimat ringkas mengenai rawatan yang akan dijalankan. Doktor akan bertanya bahagian mana yang anda ingin lakukan.

Jika anda tidak pasti, anda boleh meminta cadangkan daripada doktor bahagian mana yang sesuai tuk dijalankan rawatan pembuangan lemak.
Zimmer
Treatment Zimmer Z Lipo mengambil masa 60 minit. Korang bawalah buku untuk baca dan kalau boleh handphone tu pastikan battery full. Takdelah bosan menunggu lama.

Pastikan korang makan dulu sebelum treatment untuk elakkan rasa lapar. Dan kalau yang jenis suka ulang alik ke tandas tu better uolsss empty uolsss punya bladder dulu yer.

Untuk 5 minit pertama rawatan, akan rasa kurang selesa sedikit.

Zimmer

Macam iera buat bahagian perut, perut rasa macam kene cubit sebab aplikator yang diletakkan sedang menyedut bahagian lemak di perut.

Lepas tu dah tak rasa apa kerana treatment akan memberi reaksi dengan pantas kepada proses cooling yang dijalankan. So, perut iera dah rasa kebas sampai mengantuk rasa nak tidur.

Bila selesai rawatan dan aplikator di tanggalkan,biasanya akan ada kesan kemerah-merahan dibahagian tersebut bergantung kepada individu. Kesan tersebut bolehhilang dengan cepat tapi ada juga yang jenis kulit yang cepat lebam akan hilang dalam 1 ke 2 hari.

Zimmer

Zimmer

Setelah selesai rawatan Zimmer Z Lipo, rawatan akan diteruskan dengan Zimmer Z WavePro Shockwave Therapy. Ia bertujuan untuk memecahkan lemak-lemak yang telah dibekukan selama 60minit tadi.

Rawatan ini juga merangsang pembentukkan kolagen yang menjadikan kulit lebih anjal, pertumbuhan kolagen, mengurangkan stretch marks, selulit, Kesan dapat dilihat selepas beberapa sesi rawatan.

Dengan gabungan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro, kesannya lebih efektif dan tahan lama. Kajian menunjukakan jika kedua-dua rawatan dilakukan setiap minggu selama 4 minggu, keputusan berhubung pengurangan lemak dan mendapat kulit yang anjal 2 kali ganda lebih pantas.

Zimmer

Jika anda ingin mendapatkan maklumat berkaitan rawatan buang lemak dan selulit dengan Cryo-Lipolysis dari Z Lipo dan Z WavePro, anda boleh hubungi atau datang terus ke:

The Life Clinic
Lot 6-2A, First Floor, Plaza Batai,
Jalan Batai, Damansara Height,
50490 Kuala Lumpur

Tel: 03-2856 9292
Email: thelifeclinic@yahoo.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo & Z WavePro, boleh layari :-
http://zimmer-aesthetics.com.my

3 thoughts on “Terapi Pembakaran Lemak Dengan Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo & Z WavePro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge